blog search gadget

Khamis, 11 November 2021

Gaya bahasa dalam komsas

MAKSUD DAN FUNGSI

ASONANSI Perulangan bunyi vokal yang sama, dalam baris yang sama. Seperti sajak. Contoh, perulangan vocal [a] : Tanda jadi sebarang kerja. Huruf vokal, a, e, i, o, u

HIPERBOLA Perbandingan yang melampau-lampau/ berlebih-lebihan, ianya digunakan secara berlebih-lebihan bertujuan untuk meluahkan perasaan. Misalnya: hati terhiris luka.

PERSONAFIKASI menggambarkan sifat manusia seperti perasaan, perwatakan, suasana dan binatang. Contohnya : melambai tanah air berlagu sentosa.

ALITERASI Perulangan huruf/bunyi konsonan pertama. Contohnya : seluhur suara seteguh cita[s].

METAFORA Perbandingan atau kiasan, iaitu konkrit dan abstrak. Mengandungi dua kata contohnya : gelisah rindu, angin kemerdekaan

SIMILE pula berfungsi sebagai penegas maksud. Perbandingan dengan mengunakan perkataan bak, bagai, umpama dan sebagainya. Misalnya : laksana kayu dimakan bubuk

SINKOPE bermaksud singkatan/penyingkatan kata. Selalunya digunakan pada cerpen atau novel. Contohnya : kau mengguman pantun

PERULANGAN ada beberapa jenis pengulangan antaranya.

  • Anafora pengulangan di awal baris
  • Repitisi perulangan dalam satu baris
  • Responsi perulangan di tengah baris
  • Epifora perulangan di akhir baris
  • Asonansi perulangan huruf vokal
  • Aliterasi perulangan huruf konsonan

PERLAMBANGAN atau simbol, memberi maksud sesuatu yang lain. Misalnya : serigala menggilau di mata

INVERSI pembalikan kata : masih kita punya satu ibu

0 comments:

Catat Ulasan