blog search gadget

Khamis, 21 Oktober 2021

Mengenali Tamadun

 

Nota ringkas sejarah mudah dan padat

Bab 4 : Mengenali Tamadun

  • Maksud Tamadun
  • Konsep Tamadun
  • Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

Tamadun

Umum,  suatu pencapaian tertinggi

didorong oleh daya inovasi sesuatu masyarakat

Cth : sistem pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan pekerjaan

Bahasa yunani

Civitas (bandar atau kota )

Cth : bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan

Bahasa Inggeris

Disebut “civilization”

Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju

cth : pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan kebolehan manusia

Bahasa Arab

Mudun, Madain dan Madana

Tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar

Hadharah (kawasan, daerah, bandar, kota )

Hadari (tanah atau rumah )

Bahasa Melayu

Suatu peradaban

Pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran Kebendaan penciptaan seni bina seperti bangunan dan empangan

 Pandangan Islam

Ibnu Khaldun

al-Din (cara hidup)

al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Hadharah” akidah, syarak, akhlak, falsafah,

 “Madaniyyah” aspek kebendaan dan  lebih bersifat umum kepada semua manusia

berpusat kepada wahyu.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas

keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

Karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Historical Fact and Fiction

Pandangan Barat

“civilisation”

masyarakat atau budaya

ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur politik

lahiriah,cth :  kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang

Arnold J. Toynbee

sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian

  Pertanian dan Perdagangan

Tamadun awal dunia lahir di lembah sungai

Cth ; Lembah Sungai Tigris dan Euphrates, Sungai Nil,

         Sungai Indus dan Sungai Huang He

Kegiatan pertanian : Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi

menggalakkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat.

Perdagangan tempatan  masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian dengan menukarkan barangan kraf tangan, perkhidmatan, kegiatan keagamaan

Perdagangan jarak jauh, tamadun yang berbeza bertukar-tukar barangan dengan penduduk : Sumer dengan Mesir,  Sumer dengan Mohenjo-Daro.

cth : logam, emas dan besi.

Sistem pemerintahan

Kerajaan mengurus pemerintahan kota yang berkembang pesat kesan daripada pembentukan Bandar

Raja dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta memerintah negara-kota

undang-undang telah dibentuk.

Pembentukan Bandar

petempatan kekal (kampung) menjadi Bandar

Bandar jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempunyai pelbagai latar belakang.

ciri bandar : Pelan susun, prasarana yang teratur, sistem perparitan dan pembetungan,

Awal, pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan

Kemudian, institusi sosial dan ekonomi

Cth, Ur dan Uruk

 Pengkhususan Pekerjaan

Peningkatan jumlah penduduk

Perkerjaan baharu :

pengutip cukai,jurutera yang mengawal sistem pengairan, bidang pentadbiran,

Kumpulan artisan, mengukir, menempa besi dan tembikar

Saudagar dan pedagang bertukar-tukar barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan

Teknologi

monumen serta hasil pertukangan

cth, Tamadun Mesopotamia dengan Taman Tergantung Babylon, Tamadun Mesir Purba dengan pembinaan piramid dan sfinks, Tamadun Indus dengan pembinaan negara-kota Mohenjo-Daro.

Cth, pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian,

Penciptaan roda, penggunaan kereta kuda dan kereta lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk

Organisasi Sosial

Mesir Purba, kemunculan kelas social

berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh

Agama dan Kepercayaan

mempercayai banyak tuhan

cth, tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai

Terdapat institusi agama, tempat ibadat

Tulisan dan Penyimpanan Rekod

5,000 tahun lalu dicipta

Tanda pemisahan antara zaman prasejarah dan zaman sejarah

sistem tulisan menggunakan abstrak symbol

menyimpan rekod dan perkara penting

cth : sistem piktograf atau simbol gambar

Kesenian dan Kesusasteraan

menggambarkan setiap budaya

cth : ciptaan berupa patung dan lukisan tuhan dan dewa, pahlawan dan pemerintah

Rumusan

  • menghargai sumbangan khazanah masa lalu

 


 

 

 

 

0 comments:

Catat Ulasan