This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

blog search gadget

Rabu, 24 November 2021

SIMPULAN BAHASA

 SIMPULAN BAHASA

Buta huruf                    

👉Tidak tahu membaca

Panjang tangan           

👉Suka mencuri

Anak emas                    

👉Anak yang paling disayangi

Banyak mulut              

👉Orang yang suka bercakap banyak

Puteri lilin                    

👉Tidak tahan panas atau lasak

Ringan tangan             

👉Suka membantu orang

Ada bakat                      

👉Mempunyai kebolehan

Pilih kasih                     

👉Berat sebelah/melebihkan pihak yang lain

Keras hati                     

👉Degil

Air muka                       

👉Riak atau wajah seseorang

Kaki bangku                 

👉Tidak tahu bermain bola

Berat sebelah              

👉Tidak adil

Cakar ayam                  

👉Tulisan yang buruk

Hidung tinggi              

👉Sombong

Tangkai jering             

👉Kedekut

Langkah kanan           

👉Bernasib baik

Anak buah                    

👉Anak saudara

Kaki ayam                     

👉Tidak memakai kasut

Otak cair                       

👉Cerdik

Lipas kudung               

👉Pantas membuat kerja

Darah daging               

👉Anak kandung

Berat tulang                 

👉Orang yang malas berkerja

Makan angin                

👉Bersiar-siar

Telinga kuali               

👉Orang yang tidak mendengar cakap

Ulat buku                      

👉Orang yang suka membaca

Muka tembok              

👉Orang yang tidak tahu malu

Cahaya mata                

👉Anak

Malu-malu kucing     

👉Pura-pura malu dihadapan orang

Ayam tambatan          

👉Orang harapan

Batu api                         

👉Orang yang suka menghasut

Ambil berat                  

👉Memberi perhatian

Otak udang                   

👉Tidak  pandai/bodoh

Memerah otak            

👉Banyak berfikir

Mandi peluh                 

👉Bekerja dengan bersungguh-sungguh

Ringan mulut                             

👉suka bertanya/ramah

Sakit hati                       

👉Marah

Buah tangan

👉Hadiah


Khamis, 18 November 2021

TANDA BACA

 

KEPENTINGAN TANDA BACA

  • Tanda baca iaitu simbol atau tanda adalah penting untuk mengolah sesebuah karangan.
  • Mengetahui dan memahami fungsi tanda baca juga membantu pelajar memurnikan lagi hasil penulisanya.   


 TANDA NOKTAH (.)

v  Digunakan pada akhir ayat

Contohnya, Kamal sudah tidur.

v  Pada singkatan nama atau gelaran

Contohnya, Y.A.B Dato Sri Ali       


 TANDA KOMA (,)

v  Digunakan untuk menyambung ayat

Misalnya, jadi, esok sajalah kita pergi.

v  Untuk memisahkan benda yang sama atau kata yang berturut-turut

Contohnya, ibu memasak ikan, ayam dan sayur pada hari ini.


    HURUB BESAR

v  Perkataan pertama pada permulaan ayat

Contohnya, Pagi yang sungguh indah

v  Huruf pertama pada kata nama khas


 TANDA SOAL (?)

v  Digunakan pada akhir tanda tanya

Contohnya, Apa khabar?

 

TANDA SERU (!)

v  Digunakan pada akhir tanda seru

Contohnya, Wah, cantiknya rumah kamu!

 

TANDA PETIK (“…”)

v  Digunakan diawal dan akhir ayat cakap ajuk.

“sebagai ibu bapa, kita harus menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak” nasihat atuk lagi.

 

TANDA TITIK BERTINDIH ( : )

v  Di gunakan dalam drama

Contoh, Watak : dialog

v  Di akhir penyataan dan diikuti penjelasan

Contoh, umur : 18 tahun


TANDA SEMPANG ( - )

v  Untuk menulis kata ganda

Contoh, kuih-muih atau rama-rama

v  Untuk menulis kata terpisah

Contoh, suasana yang in-

                dah petangi itu.

v  Tahun dengan pengakhiran

Contoh, 50-an

v  Tidak digunakan pada kata majmuk

 

 

TANDA KOMA BERTITIK ( ; )

v  Mengabungkan 2 ayat yang tidak sama dalam satu baris

Contoh, hujan turun dengan lebat ; ayah masih belum pulang

 

TANDA KURUNG  ( )

v  Sebagai keterangan tambahan pemisah nombor atau huruf

contoh, ( i )

 

TANDA GARIS CONDONG ( / )

v  Pengganti kata ‘atau’

Contoh, Datin/Datuk

v  Nombor rujukan dalam surat

                                                                                                                                                                                                                                 


Khamis, 11 November 2021

KOMSAS : PLOT


TEKNIK PLOT dalam drama berbeza dengan novel dan cerpen ianya tidak mengikut kronologi. Juga boleh mula penceritaan sama ada di tengah atau akhir.

Teknik dialog,

percakapan dua watak atau lebih

Teknik monolog,

perucapan ssuatu watak secara bersendirian. Contohnya berdoa, rungutan atau ratapan.

Teknik dalaman, 

percakapan lintasan atau rintihan dalam hati

Teknik pemerian,

menerangkan peristiwa secara langsung

Teknik imbas kembali,

Mengenang semula peristiwa

Teknik imbas muka,

memberi bayangan awal tentang sesuatu peristiwa

Teknik suspen,

Teknik kejutan peristiwa berlaku tanpa disangka-sangka

Gaya bahasa dalam komsas

MAKSUD DAN FUNGSI

ASONANSI Perulangan bunyi vokal yang sama, dalam baris yang sama. Seperti sajak. Contoh, perulangan vocal [a] : Tanda jadi sebarang kerja. Huruf vokal, a, e, i, o, u

HIPERBOLA Perbandingan yang melampau-lampau/ berlebih-lebihan, ianya digunakan secara berlebih-lebihan bertujuan untuk meluahkan perasaan. Misalnya: hati terhiris luka.

PERSONAFIKASI menggambarkan sifat manusia seperti perasaan, perwatakan, suasana dan binatang. Contohnya : melambai tanah air berlagu sentosa.

ALITERASI Perulangan huruf/bunyi konsonan pertama. Contohnya : seluhur suara seteguh cita[s].

METAFORA Perbandingan atau kiasan, iaitu konkrit dan abstrak. Mengandungi dua kata contohnya : gelisah rindu, angin kemerdekaan

SIMILE pula berfungsi sebagai penegas maksud. Perbandingan dengan mengunakan perkataan bak, bagai, umpama dan sebagainya. Misalnya : laksana kayu dimakan bubuk

SINKOPE bermaksud singkatan/penyingkatan kata. Selalunya digunakan pada cerpen atau novel. Contohnya : kau mengguman pantun

PERULANGAN ada beberapa jenis pengulangan antaranya.

  • Anafora pengulangan di awal baris
  • Repitisi perulangan dalam satu baris
  • Responsi perulangan di tengah baris
  • Epifora perulangan di akhir baris
  • Asonansi perulangan huruf vokal
  • Aliterasi perulangan huruf konsonan

PERLAMBANGAN atau simbol, memberi maksud sesuatu yang lain. Misalnya : serigala menggilau di mata

INVERSI pembalikan kata : masih kita punya satu ibu

Khamis, 21 Oktober 2021

Mengenali Tamadun

 

Nota ringkas sejarah mudah dan padat

Bab 4 : Mengenali Tamadun

  • Maksud Tamadun
  • Konsep Tamadun
  • Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

Tamadun

Umum,  suatu pencapaian tertinggi

didorong oleh daya inovasi sesuatu masyarakat

Cth : sistem pemerintahan, pembentukan bandar, pengkhususan pekerjaan

Bahasa yunani

Civitas (bandar atau kota )

Cth : bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan

Bahasa Inggeris

Disebut “civilization”

Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju

cth : pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan kebolehan manusia

Bahasa Arab

Mudun, Madain dan Madana

Tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar

Hadharah (kawasan, daerah, bandar, kota )

Hadari (tanah atau rumah )

Bahasa Melayu

Suatu peradaban

Pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran Kebendaan penciptaan seni bina seperti bangunan dan empangan

 Pandangan Islam

Ibnu Khaldun

al-Din (cara hidup)

al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Hadharah” akidah, syarak, akhlak, falsafah,

 “Madaniyyah” aspek kebendaan dan  lebih bersifat umum kepada semua manusia

berpusat kepada wahyu.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas

keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya

Karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Historical Fact and Fiction

Pandangan Barat

“civilisation”

masyarakat atau budaya

ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur politik

lahiriah,cth :  kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang

Arnold J. Toynbee

sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian

  Pertanian dan Perdagangan

Tamadun awal dunia lahir di lembah sungai

Cth ; Lembah Sungai Tigris dan Euphrates, Sungai Nil,

         Sungai Indus dan Sungai Huang He

Kegiatan pertanian : Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi

menggalakkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat.

Perdagangan tempatan  masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian dengan menukarkan barangan kraf tangan, perkhidmatan, kegiatan keagamaan

Perdagangan jarak jauh, tamadun yang berbeza bertukar-tukar barangan dengan penduduk : Sumer dengan Mesir,  Sumer dengan Mohenjo-Daro.

cth : logam, emas dan besi.

Sistem pemerintahan

Kerajaan mengurus pemerintahan kota yang berkembang pesat kesan daripada pembentukan Bandar

Raja dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta memerintah negara-kota

undang-undang telah dibentuk.

Pembentukan Bandar

petempatan kekal (kampung) menjadi Bandar

Bandar jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempunyai pelbagai latar belakang.

ciri bandar : Pelan susun, prasarana yang teratur, sistem perparitan dan pembetungan,

Awal, pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan

Kemudian, institusi sosial dan ekonomi

Cth, Ur dan Uruk

 Pengkhususan Pekerjaan

Peningkatan jumlah penduduk

Perkerjaan baharu :

pengutip cukai,jurutera yang mengawal sistem pengairan, bidang pentadbiran,

Kumpulan artisan, mengukir, menempa besi dan tembikar

Saudagar dan pedagang bertukar-tukar barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan

Teknologi

monumen serta hasil pertukangan

cth, Tamadun Mesopotamia dengan Taman Tergantung Babylon, Tamadun Mesir Purba dengan pembinaan piramid dan sfinks, Tamadun Indus dengan pembinaan negara-kota Mohenjo-Daro.

Cth, pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian,

Penciptaan roda, penggunaan kereta kuda dan kereta lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk

Organisasi Sosial

Mesir Purba, kemunculan kelas social

berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh

Agama dan Kepercayaan

mempercayai banyak tuhan

cth, tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai

Terdapat institusi agama, tempat ibadat

Tulisan dan Penyimpanan Rekod

5,000 tahun lalu dicipta

Tanda pemisahan antara zaman prasejarah dan zaman sejarah

sistem tulisan menggunakan abstrak symbol

menyimpan rekod dan perkara penting

cth : sistem piktograf atau simbol gambar

Kesenian dan Kesusasteraan

menggambarkan setiap budaya

cth : ciptaan berupa patung dan lukisan tuhan dan dewa, pahlawan dan pemerintah

Rumusan

  • menghargai sumbangan khazanah masa lalu

 


 

 

 

 

Rabu, 20 Oktober 2021

Mengenali Sejarah

 

      i.         Nota ringkas sejarah mudah dan padat

Bab 1: Mengenali Sejarah

  • Pengertian Sejarah
  • Pengertian Sejarah Mengikut  Pandangan Sejarawan
  • Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
  • Sumber Sejarah
  • Penyelidikan dalam Sejarah
  • Tafsiran dalam Sejarah
  • Kepentingan Mempelajari Sejarah

sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji

oleh sejarawan.

Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau makalah.

Seja

PENGERTIAN SEJARAH:

Dalam bahasa Melayu

                        i.         Daripada perkataan Arab, “syajaratun” (pokok)

                      ii.         salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.

Kamus Dewan mendefinisikan

                        i.         Asal usul (keturunan), salasilah

                      ii.         Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau

                     iii.         Kajian atau pengetahuan

Bahasa Inggeris         

                        i.         Sejarah ialah history

                      ii.         Bererti cerita tentang seseorang

                     iii.         Daripada bahasa Yunani

                     iv.         Bererti penyelidikan. 

Pandangan sejarawan 

Herodotus - Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War)

“Penceritaan tentang tindakan

Manusia serta sebab berlaku

E.H. Carr -  What is History?

“Proses interaksi

berterusan antara ahli sejarah

dengan fakta-faktanya

Ibn Khaldun – Muqaddimah

“Sejarah membicarakan

perkara tentang masyarakat

manusia, peradaban dunia

dan perubahan-perubahan

yang berlaku pada sifat-sifat

Khoo Kay Kim -  mengkaji sejarah Malaysia

“Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.

Muhd Yusof Ibrahim - Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan transformsi

“catatan ataupun

rekod tentang sesuatu peristiwa yang

berlaku pada suatu masa yang lalu

 Masa silam

  • Rentetan peristiwa yang telah berlaku
  • dikaji berdasarkan urutan masa

Kronologi

  • Rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari
  • awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus

Ruang masa

dekad (10 tahun)

abad (100 tahun)

alaf (1000 tahun)

 

Konsep masa

  • Diukur mengikut zaman

  • Sebelum Masihi (SM)

  • Masihi (M) Zaman Masihi
  • bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.

 


Sejarawan membahagikan penulisan mereka

  • politik,
  • ekonomi
  • dan sosial.

Sebab

  • Memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah


Sumber Sejarah

Sumber Primer

belum diolah atau diterbitkan

Bersifat asli

Belum ditafsir

Contoh: Fosil, artifak, diari, batu bersurat dan manuskrip

Sumber Sekunder

telah diolah dan diterbitkan

dikaji melalui bacaan umum

Bahan tersebar kepada umum

Contoh: buku, akhbar, majalah dan ensiklopedia

Kaedah Bertulis

kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang

dipahat atau ditulis.

Cth : , tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lonta

Cth 2: catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan

Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi

Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut

  • Penyelidik perlu ke tempat simpanan sumber

Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh

  • Segala maklumat harus dikumpulkan
  • hendaklah dicatat dan disimpan

Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi).

Menganalisis

  • mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian lepas terhadap peristiwa yang sama

Kaedah Lisan

  • Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual seperti temu bual, penceritaan
  • Maklumat diperoleh secara langsung


  3 Tahap Dlm Kaedah Lisan

Tahap 1 - 

Persediaan, menentukan tokoh (orang sumber)

Tahap 2 - 

 Rakaman temu bual

Tahap 3 - 

 Memproses rakaman cth    menyunting rakaman


Kaedah Arkeologi

  • berdasarkan kajian saintifik dalam mencari maklumat sejarah

  • tinggalan sejarah cth, fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.

Arkeologi Dalam Air

  • sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik

  • cth :  kapal dagang yang tenggelam


Tafsiran Dalam Sejarah

  1. Menerangkan atau mengulas sesuatu fakta berdasarkan sumber.
  2. pentafsiran dan penerangan yang objektif  atau tepat menjadi matlamat utama

Perbezaan Tafsiran Sejarawan Disebabkan

  1. Permilihan sumber yang pelbagai
  2. Perbezaan pandangan dan ideology
  3. Tujuan penulisan 

Kepentingan Mempelajari Sejarah

1.     Memberikan kefahaman

2.     Semangat kebangsaan akan menjelma dalam diri kita

3.     Mengaplikasikan ilmu sejarah dalam kehidupan kita

4.     Iktibar daripada peristiwa lalu akan

Rumusan

o   Lebih berfikir secara kritis

o   Mengetahui kaedah penyelidikan

o   mengenali asal usul

o   Membantu kita menghargai serta memelihara